Miso Soup merupakan makanan kegemaran saya apabila
mengunjunginya ke Sushi King. Saya pasti akan memilihnya untuk dimakan bersama
dengan set nasi dan telur kukus. Apabila difikirkan semula adakah ia berbaloi
dengan jumlah portion yang sikit, memadai dengan harga yang dibayar? Oleh
itu, saya mengambil inisiatif untuk masak sendiri hidangan kegemaran tersebut
dengan meng'google' & menge'youtube' cara penyediaan dan buatan dari para
chef yang meng'upload'nya di laman sesawang. Walaupun terdapat serbuk segera
untuk menyediakan Miso Soup, saya lebih sanggup memilih untuk masak sendiri
dengan bahan asasnya demi mengelak dari pengambilan MSG yang tinggi
kandungannya di dalam serbuk tersebut. Untuk menyediakan Miso Soup semestinya
saya merujuk daripada pakar masak yang sudi berkongsi melalui You Tube seperti
ini:
Miso Soup adalah masakan yang hampir setiap hari dinikmati
secara kerap oleh masyarakat Jepun. Ia merupakan makanan yang menyihatkan kerana
mengandungi banyak kalsium di dalamnya. Kalau diambil 3 mangkuk setiap hari,
dikatakan InsyaAllah boleh mencegah penyakit kanser. Bahan-bahan untuk Miso
Soup adalah berikut:
Boleh tabur dengan sebatang daun bawang yang dihiris, tapi saya tak letak.
Cara-cara masak Miso Sup:
- Rendam Kombu di dalam periuk yang berisi air sebanyak 1 liter selama 30 minit. Kemudian panaskan di atas api. Sebelum mula mendidih, angkat kombu dan letak tepi. (Jangan buang)
- Dalam bekas lain, rendam Wakame Seaweed selama 5 minit dengan air panas, tapis & letak tepi.
- Masukkan Bonito Flakes ke dalam periuk air kombu, kacau & didihkan selama 2 minit. Kemudian tapis airnya yang telah menjadi stock dashi ke dalam periuk yang lain. Hampas Bonito Flakes tadi letak tepi bersama dengan kombu tadi.
- Panaskan semula stok dashi tersebut & letak potongan Taufu lembut@ Taufu Kering@ Lobak Putih@ Kobis@ Brokoli. Didihkan. Ambil 3 senduk airnya & masukkan ke dalam bekas lain untuk larutkan miso paste & tuang semula ke dalam periuk tersebut. Tutup api.
- Masukkan wakame seaweed. boleh tabur daun bawang kalau nak lebih rasa authentic jepun. SIAP. Alhamdulillah.
Miso soup yang mempunyai rasa umami. Err, umami tu apa? Ia adalah sejenis rasa. Mengikut sejarah, para chef jepun sangat curious mengenai rasa, sebab asas rasa di lidah ada 4 iaitu masin, masam, pahit & manis. Tawar tak termasuk dalam kategori tersebut. Hasil kajian akhirnya mereka jumpa sejenis rasa yang lain, iaitu Umami. Rasa umami inilah menjadi bahan asas untuk membuat kebanyakan resepi masakan jepun yang lain. Sekian.
Nota: Hampas Kombu dan Bonito Flakes jangan dibuang, nanti boleh dimasak Furikake. InsyaAllah di lain masa nanti akan kongsikan resepinya. Sekian.
Hi nak tanya bahan2 seperti kombu, wakame dan miso soup halal ni beli di mana ya?
ReplyDeleteDalam Lazada or Shopee. Saya beli situ. Now tengah nak try buat miso soup.
DeleteHampas Kobu dan Bonito Flakes tu macam mane ye nak buat Furikake?
ReplyDelete